Monday, February 23, 2015

RESIPI PAI DAGING YANG MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1. 500gm tepung gandum (tepung cap lily tidak digalakkan-rapuh)
2. 200gm marjerin / butter (butter lebih sedap)
3. 1/2 camca teh garam
4. 3/4 cawan air sejuk (dari peti ais. ais mentah tidak digalakkan-adunan liat)

CARA-CARANYA:
1. Peroikan tepung dan marjerin/butter dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
2. tambahkan garam
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi segumpal doh yg lembut.
4. simpan dalam peti ais selama 15-30minit (masukkan dalam plastik sahaja)

BAHAN-BAHAN INTI:
1. 400gm daging cincang
2. 6 biji kentang dipotong dadu
3. 2 paket rempah kari daging
4. 10 ulas bawang merah (blend)
5. 5 ulas bawang putih (blend)
6. 1 inci halia (blend)
7. 1 camca teh garam
8. 2 sudu makan gula
9. 2 biji bawang besar di potong dadu
10. 2 sudu makan tepung gandum

CARA-CARANYA:
Buat seperti inti karipap
1. Canai tepung setebal 1/2 cm terap dengan acuan pai. masukkan ke dalam bekas dan cucuk. bubuh inti penuh.
2. tutup dengan adunan tadi. tekan dengan garpu tengahnya dan bakar sehingga masak. suhu 170degree selama lebih kurang 25minit.



Wednesday, January 21, 2015

ESP SHAKLEE DAN KEBAIKANNYA

Assalamualaikum..
Kali ni nak bagi penerangan pasal ESP Shaklee. produk yang terlaris daripada shaklee, sebab banyaaakkkkkk sangat kebaikan dia. saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.
ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEINEsp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. 

Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein.Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.
Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang. ESP juga berupaya mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
  • Untuk sesiapa yang ingin melawan kanser : ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene dimana isoflavene adalah bahan semulajdi yang diperlukan badan untuk melawan kanser. ia juga menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal bertenaga : ESP dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya, di samping membina sel otot, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE
Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. 

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka.

So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.








Tuesday, January 20, 2015

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT CARA TRADISIONAL

Assalamualaikum..

Haa..sikit punya glemer tajuk ni, untuk org2 mcm aku yg duk naik jerawat sajeee.. bosan, produk penjagaan muke kemain daripada yang murah smp semahal2 nye tu (meleleh ayaq mate nak bayar T_T) jerawat ni nak gak datang bertandang. nak sedapkan hati, aggp jela diri ini awet muda..yelaa, kan remaja je yg biase ade jerawat kan.kihkih..

ni antara petua yg mudah, kalau x berjaya sile try petua lain.nak cantik kene la rajin.haha:

1. ubat gigi - sapu je ubat gigi tu dekat tempat jerawat sebelum tidur, sok pg kompem da kering. tapi jangan gatal2 letak 1 muke pulak ye, sbb ubat gigi ni kategori panas pulak. kan gosok gigi rase mint2 kan..agak2 jerawat da kering pon jgn letak ubt gig, sbb nnt bole jd parut hitam lak (entry ni utk ilangkan jerawat je okeh)

2. lemon- hiris2 lemon tu pahtu sapu kat mke yg berjerawat, yang ni nak sapu 1 muke pon takpe. sebab lemon ade antioksidan. bole amalkan 2-3x sehari. kalau takde lemon bole ganti dgn limau nipis.

3. bawang putih - kupas 2ulas bawang putih / lebih, tumbuk sampai lumat pahtu sapu kt tempat jerawat. petua ni pon tak bole sapu seluruh muka tau, sebab bawang putih sedikit panas. tepek dalam 10menit pastu bilas muka.

4. putih telur- ambil putih telur sahaja tau, jgn kuningnya sekali. kat kat muka ala2 masker lepas tu da kering dalam 15menit bole bilas. putih telur ni elok bole mengurangkan minyak di muka. kan biase muka beminyak senang naek jerawat kan..

5. minyak zaitun- ramai kate bekesan, tp leceh sikit. amek 1 sudu minyak zaitun campur campur 4 sudu garam. da sebati tepek2 kat muka macam masker. ni amalkn seminggu skali je cukup. more pada nak elakkn jerawat la..

6. tomato- serupa cara mcm lemon, sapu kt seluruh muka, da kering bole bilas..

7. aloe vera (lidah buaya)- Lendir lidah buaya   ponbagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang ada jerawat. bole amalkan stiap pg dan petang.


ok, sebenarnya banyak lagi petua2 yang ada, sesetengah orang mungkin serasi degan cara 1, orang lain mungkin dengan cara no 4. sila la cubajaya ye..lagipon lebih elok sebenarnye pakai cara tradisional ni, sbb bole kate zero side effect la..anyway, goodluck for me! and us..hehe

Friday, December 26, 2014

Review: Breastpump Eve Love Flexi

Assalamualaikum..

ok, arini nak bg review sikit pasal breastpump evelove flexi ni. almaklumla, hajat di hati mmg nk fully bf anaqi mcm abg nye dlu, cume mgkin sbb aqil ank 1st, ibu x nyempat nk simpan stok. pakai pon brestpump pureen je .eh, x kondem tau, bpump ni la yg bnyk bejasa simpankn stok  utk aqil walopon kais pagi, minum sok pg, kais ptg minum sok ptg.kiki

back to topic. so kali ni dgn x sabarnye (anaqi belum lahir) aku da g bli breastpump eve love flexi ni dekat blog ni : kidsbranded.blogspot.com
sebijik aku dpt mcm ni.feeling2 nak double pump ala2 medela fs giteeww :P



Features yg menarik hatiku:
1.Rechargeable power bank. katenye ni bpump power bank petama. but actually ade je bpump yg jenis baru yg bole pkai power bank but not provided la cth: snow bear.
2.Multilevel Suction Power untuk both Stimulation and expression mode up to 10 level. kire mcm 2-phase expression yg mimic baby's suction.
3.Pumping bustier bercorak floral yang comel! tp aku x pkai pon sbb da tere selit je breastshield tu kt bra.kiki
4.Motor pump dengan display yang boleh memaparkan masa, suction mode etc dan juga sumber cahaya untuk pump session pada waktu malam.  bgus la utk org mcm aku yg salu bz kt opis n ade kekangan masa, kene pump 15minit je.
5. Musical function. additional features la, tp aku x on pon salu.
6. motor yg ringan.400g shj. ai loike :)
7. BPA free. opkos la kan sbb skrg sume pon BPA free.
8. silicone massager yg selesa. additional compare to spectra m1 (kene beli asing)



but, bad news! after 3-4mggu aku pkai, motor die rosak. so call la customer careline die. pos la motor + adaptor tu ke shah alam HQ die. 3ari kendian da dpt motor baru. rupe2nye die ckp x bole slalu pkai power bank. aku mmg stiap kali pon pkai power bank sbb mls nk duk dkt ngn power source.

naek keje, br seminggu aku pakai, rosak lg motornya.hadoii..sbb aku mmg pump pkai rechargeable battery je sbb plug kt opis tu da rosak. tp kali ni aku xleh tukar smula sbb die masih berfungsi kalau pkai adaptor. sbb tu la kot skrg ni eve love flexi ni da discontinue production die. and die kuarkn brestpump baru eve love lily. btw, eve love ni bukan heavy duty nye brestpump tau. kalau nak yg heavy duty amek eve love pearl. tp regenye bole thn, sbb tu aku grab je spectra M1, sbb brand spectra ni mmg da lame establish and terkenal dgn keheavydutyan nye..nanti aku review yg ni pulak.

how and how, sbnrnye aku suke je breastpump eve love flexi ni. suction x sakit, skjap je da penuh de2 botol. cume mungkin kalau penggunaan x heavy duty and ade power source utk adaptor ok je.

till then.daa ~

Friday, November 8, 2013

Petua hilangkan timbil / ketumbit

Assalamualaikum...

Entry kali ni pasal ketumbit/ timbil..tahu tak? mate aye dah 2x kene ni..lame pulak tu nak baek.. Kalau org tua2 salu cakap puncanya sebab sekodeng org! haha hadoii.. mmg la aye sekodeng org..yela tetiap malam tukakn pampers aqil tu.. kan dah sekodeng ank sendiri namenye..keke

Gambar diri sendiri pada hari ke-2 ditawan achik ketumbit



Ok la hasil carian pakcik google, aye jumpe info ni pasal ketumbit:

Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.


Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.


 Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.


Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.


Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?

Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.


Haa yg ketumbit aye ni  ketumbit yg ke-2 kate doctor...mahu 2bln baru ilang..adoilaa x comei dah aye..kene pakai spec utk cover g kije..yang tensennye sbb ltk la ubat bagai..mkn antibiotik sume tp x jalan...ade gk buat petua hasil carian pakcik google...tp hampeh jua..antara yg pernah aye buat adelah:

1) tenyeh ngan bawang putih-> memule mcm berhasil..kecut sikit nampaknye..tp myb bwg putih panas so mate cm mengelupas..trus stop..huhu
2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. -> x brp rajin nk buat sbb aqil salu dtg amek sudu tu nk buat maen T_T
3) Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata->cuba jua
4) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih -> lbh kurg je dgn no2
5) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah.... -> ohh yg ni x sempat buat..hehe
6)  ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..-> pon x sempat nk carik belimbing buluh lagik (alasan mls sbnrnye..keke)

Haa ni petua tambahan yg terakhir aye dpt drp bidan kampung..alang2 mase tu pegi berurut sbb sakit badn..die nampak so die suggestkn pakai daun sireh. sume pon tau daun sireh ni mmg bnyk khasiatnye kan..kalau yg dok kmpung tu sng la nk dpt..kalo dok kota metropolitan aye mntk mahap..hee
Caranya, basuh daun sireh tu bersih2..keringkn..pastu g kt cerek/pape bekas panas..lekap pastu hangat2 tu tuam ke mate...aye buat 2ari je nmpk dh trus susut ketumbitnye...suke2! :D

So pd sesape yg jumpe masalah ni, bole la try memane petua yg plg sng utk korang..yg pntg kebersihan mata tu kene jaga..tu kan anugerah.. :)

Adios~ peace ^^